Maklumat Tambahan
FAQ (Me12Pay Apps & XUsed)

S1. Adakah penggunaan kemudahan yang disediakan (Alat Timbang Digital dan Kad QR) untuk Program Kitar Semula (Paperless Cashless Digital Recycle Program) adalah program berbayar atau ianya adalah program percuma.

J1. Penggunaan kemudahan dan fungsi yang ada di dalam aplikasi Me12Pay adalah percuma jika sekolah bersetuju mengikut serta didalam program kitar semula XUsed dan menandatangani MOU program.

S2. Adakah program ini mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau dari lain agensi kerajaan yang bersangkutan.

J2. Paperless Cashless Digital Recycle Program XUsed mendapat kelulusan dari KPM, KPKT dan juga dari MESTECC semenjak 2019. Sila rujuk laporan lengkap beserta laporan penuh program melalui link yang disediakan.

S3. Apa yang perlu sekolah buat jika ingin mengambil bahagian didalam program ini setelah menandatangai MOU yang disediakan.

J3. Sekolah yang ingin mengambil bahagian perlu menghantar maklumat murid dan guru yang hanya merangkumi maklumat (nama, k/p dan kelas) dalam format excel kepada email [email protected] dan maklumkan kod sekolah dan nama sekolah.

S4. Kenapa pihak penganjur memerlukan maklumat yang disebutkan tadi.

J4. Maklumat diperlukan bagi memudahkan cetakan Kad QR utk penggunaan program kitar semula dan pembahagian hasil kutipan hanya kepada pelajar yang mengambil bahagian sahaja.

S5. Selain penggunaan kad QR utk program kitar semula, apakah lagi fungsi lain yang telah disediakan.

J5. Kad QR semenjak mula digunakan telah dipelbagaikan fungsi iaitu selain bagi tujuan program kitar semula, ianya telah dikembangkan untuk merekodkan kehadiran murid dan guru ke sekolah, kehadiran koko, kehadiran ibubapa dan pelawat (aplikasi me12pay), penggunaan cashless di kantin, di koperasi, di kedai buku, di pusat sumber dan terkini ditambahbaik untuk merekodkan suhu badan dan pergerakan pelajar di sekolah.