Sistem Soal Jawab KAHA2026

Bantuan termasuk pakaian wajib dan barangan lain seperti stokin, kasut, tudung, songkok, samping, beg sekolah, alat tulis, pakaian dalam, jubah, Baju Melayu, alatan hostel - cadar, bantal, baldi dan pakaian seragam sudah boleh di tebus.
Mereka yang layak adalah ketua keluarga Asnaf yang berdaftar di MAIDAM dari kategori Fakir dan Miskin.
Jumlah bantuan kepada setiap ketua keluarga adalah antara RM300 - RM700

Bantuan ini tidak boleh di mohon. Ia khusus kepada Asnaf miskin 2025, yang menerima bantuan bulanan, sara hidup, sewa rumah dan perubatan Am MAIDAM sahaja.
Ada di link ini Semak Kelayakan KAHA2025
Jika berbeza jumlah tanggungan, ianya adalah keciciran maklumat.
Ini mungkin masalah keciciran maklumat.

Harap maklum.
Anda boleh membuat semakan kelayakan dahulu di link ini Semak Kelayakan KAHA2025 dan jika ada paparan kelayakan, boleh terus ke kedai panel bersama tanggungan untuk penebusan.
Pembayaran barangan yang ditebus boleh dengan menggunakan beberapa cara iaitu
1. menggunakan aplikasi Me12pay (download aplikasi dan terus sign in, tak perlu daftar) atau
2. menggunakan aplikasi di url https://zakatpay.my/ - terus sign in

dengan login masuk menggunakan nokp dan tarikh lahir (hhbbtt) - h=hari, b=bulan, t=tahun, sebagai pin dan tunjukkan QR Code dari aplikasi (menggantikan nokp anda)
dan seterusnya jika pembelian melebihi RM150, no pin anda (tarikh lahir anda) boleh dimaklumkan kepada juruwang untuk kelulusan transaksi.


Atau hanya dengan sebutkan nombor NoKP anda kepada juruwang sebagai pembayaran untuk penebusan barangan dan tarikh lahir anda (hhbbtt) sebagai pin untuk transaksi jika melebihi RM150 bagi setiap resit.
Link outlet ada di link ini Senarai Outlet
Link utk download ada di link ini Download Link.
Anda tidak perlu daftar, selepas download aplikasi atau jika tidak boleh download, boleh ke link ini zakatpay.my, terus login menggunakan nokp anda (Ketua keluarga asnaf) dan pin adalah tarikh lahir anda. Sistem hanya akan di buka mulai 10 November 2025 (Isnin) dan sekarang hanya boleh membuat semakan kelayakan bantuan sahaja di link ini Semak Kelayakan KAHA2025
No Telefon bimbit anda boleh di kemaskini di link ini. Kemaskini no HP
Anda boleh menyimpan maklumat tanggungan melalui link ini Kemaskini Tanggungan
Anda boleh membuat penilaian kepada kedai, barangan, layanan, harga dan selainnya di link ini Penilaian Program
Tutup Browser